Thursday 21 March 2013

Pelancaran Program Mentor Mentee Sekolah


Pada 18 Mac 2013 yang lepas, salah satu program Guru Penyayang KPM iaitu Program Mentor Mentee telah dilancarkan di SMK Taman Ria. Semasa pelancaran tersebut, penyerahan mentee telah dibuat.

Program Guru Penyayang ini dilaksanakan agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Konsep ini Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi,  dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra,  mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan  disayangi setiap masa. Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat. Objektif Guru Penyayang adalah agar:


  • Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru.
  • Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.
  • Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah. 
  • Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.
Tuan Pengetua Sekolah bersama dengan mentee-menteenya

Puan Cheristinna dengan mentee-menteenya

Puan Noor Halizah dengan mentee-menteenya

Puan Rujinah dengan mentee-menteenya

Puan Bernadatte dengan mentee-menteenya

Puan Juhidah dengan mentee-menteenya

Encik Talip dengan mentee-menteenya


No comments:

Post a Comment