Monday 26 May 2014

Format Pertandingan AnuraQuest Daerah Tuaran 2014

Pertandingan AnuraQuest peringkat daerah Tuaran bagi 2014 akan ditutup pada 18 Jun 2014. Bagaimanapun, para peserta masih boleh mengemaskini site masing-masing sehinggalah pada hari pertandingan. Pertandingan ini menggunakan konsep PBL (Project based learning). Matlamat akhir pertandingan adalah untuk mewujudkan satu koleksi ensiklopedia digital di setiap sekolah dan memberikan ruang kepada murid untuk menguasai suatu topik P&P secara mendalam. Terdapat dua kategori yang dipertandingkan iaitu Kategori site Program AnuraQuest (Dashboard AnuraQuest) dan site murid.

Syarat dan Peraturan
1.Penyertaan adalah secara berkumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 3 orang murid dan seorang guru pembimbing. Setiap sekolah boleh menghantar seberapa banyak penyertaan.

2. Isi kandungan site yang dihasilkan oleh pelajar hendaklah diambil daripada sukatan mata pelajaran.

3. Susun letak dan kandungan menu utama dalam site adalah bergantung kepada kreativiti peserta, namun menu berikut adalah WAJIB:

a. Laman Utama
b. Soalan Kurikulum
c. Biodata peserta

Soalan kurikulum terdiri daripada tiga elemen, iaitu Soalan Asas, Soalan Unit dan Soalan Kandungan.  Sebagai contoh, jika tajuk yang dipilih ialah Pengangkutan Darat maka soalan kurikulumnya adalah seperti berikut ini.

a. Soalan Asas (Essential Question)
Bagaimanakah menjadikan dunia ini lebih selesa untuk kita tinggal?

b. Soalan Unit
Apakah itu pengangkutan?

c. Soalan Kandungan
a. Apakah itu pengangkutan darat?
b. Nyatakan jenis-jenis pengangkutan darat?
c...

Jumlah Soalan Kandungan ini tidak terhad. Jumlah Soalan Kandungan akan menunjukkan kedalaman pengetahuan tentang tajuk tersebut oleh peserta.

Kandungan site peserta adalah bertujuan untuk menjawab semua persoalan dalam Soalan Kurikulum dan tumpuan adalah pada bahagian Soalan Kandungan.


Bagi biodata pelajar pula, kandungannya adalah seperti berikut:
-Gambar passport
-Sekolah
-Tingkatan
-Cita-cita
-Motto

Sila hantar penyertaan:
1. Nama sekolah
2. Nama guru pembimbing
3. Senarai 3 orang murid
4. Tajuk

Sila hantar kepada riabestari@gmail.com pada atau sebelum 18 Jun 2014.

Sunday 25 May 2014

Lawatan penandaarasan VLE Frog

  
Pada 21 Mei yang lepas, satu rombongan daripada SK Pekan Kiulu telah membuat lawatan penandaarasan pelaksanaan dan pembudayaan VLE Frog di SMK Taman Ria. Semasa lawatan tersebut, taklimat tentang pelaksanaan VLE telah disampaikan kepada rombongan serami empat orang.

Monday 5 May 2014

Dialog Prestasi Bil.1/ 2014

DIALOG PRESTASI (DP) adalah satu langkah intervensi bagi menggerakkan secara optimum kecemerlangan sekolah. Bagi mencapai matlamat ini, sartu DP telah dibuat di sekolah yang dibuat bersama-sama dengan PPD Daerah Tuaran, SIP+, SISC+ dan Guru Cemerlang. Pembentangan HeadCount, Analisis Item dan Intervensi telah dibuat oleh guru mata pelajaran Sejarah, Bahasa Melayu dan Matematik Tingkatan 5. Syabas kepada semua.



Thursday 1 May 2014

Peperiksaan Semester 1 2014


Makluman kepada ibu bapa/penjaga/pemandu bas sekolah, sekolah akan mengadakan Peperiksaan Semester 1 bagi tahun 2014 seperti dalam jadual berikut:

Tingkatan 1 - 3: 12 hb. Mei - 19hb. Mei 2014
Tingkatan  4: 5 hb. Mei - 19hb. Mei 2014
Tingkatan 5: 7 hb. Mei - 19hb. Mei 2014

Harap maklum.