Wednesday 29 July 2015

BULAN KEMANUSIAAN 2015

Kini tiba lagi....Bulan Kemanusiaan SMK Taman Ria, Tuaran akan dilancarkan  pada 10hb Ogos ini.  Pelbagai aktiviti yang akan dijalankan..Sila lihat di papan kenyatan Bidang Kemanusiaan untuk melihat aktiviti yang dijalankan....Hadiah lumayan menanti anda....

Friday 26 June 2015

BENGKEL PENGURUSAN BLOG SMART


Admin Blog khusyuk membuat pages di Blog SMART
Pada 27hb Jun 2015, di RiaBest Chromebook Classroom, Bengkel Pengurusan Blog Sekolah telah diadakan bagi memberi kemahiran pengurusan blog kepada guru-guru (admin blog) untuk menguruskan blog SMART. Kursus ini telah dikendalikan oleh Tuan Jackson Siga.

FROG CHAMPION 2015

'Frog Champ' kategori pelajar
Pada 22 Jun 2015, penyampaian hadiah kepada pemenang Frog Champion telah disampaikan oleh Tuan Haji Said Bin Andong sempena Bulan Teknik dan Vokasional 2015. Pemenang kategori guru ialah cikgu Jackson Siga, cikgu Kamisah Mohd. Khamis dan cikgu Roslinah Majimin.

Manakala Frog Champion kalangan pelajar jatuh kepada Ibrahim Noel, Jamaliah Ondong dan Siti Shahfizah Madsa. Pemenang mendapat sijil penghargaan dan johan 'Frog Champ.' kalangan pelajar mendapat baucer buku dan sijil. Penyampaian sijil dibuat semasa perhimpunan di Dataran Ria, SMK. Taman Ria Tuaran.

Wednesday 8 April 2015

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2014

Ketibaan YBhg. Datuk Dr. Hj Kassim Bin Hj. Ibrahim, Ketua Sektor, SPA

Penyampaian sijil kepada Maizatul Asima Rashid, salah seorang lepasan SPM 2014

Persembahan tarian sumazau oleh pelajar Pendidikan Khas
HARI ini merupakan satu sejarah bagi SMK Taman Ria, Tuaran. Ini kerana sambutan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar (MAKP) yang diadakan pada hari ini merupakan julung-julung kali bagi lepasan SPM sekolah ini. Kumpulan pertama calon SPM sekolah ini pada tahun lepas adalah seramai 38 orang. 

MAKP ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Dr. Hj. Mohd. Kassim Bin Hj. Ibrahim, Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Sabah. Turut hadir dalam majlis ini adalah YDP, PIBG SMK Taman Ria iaitu Encik Jaimin Jimin. Seramai 70 orang pelajar telah menerima penganugerahan dalam majlis ini termasuk 38 orang lepasan SPM 2014.Syabas dan tahniah diucapkan.

Penyampaian cenderakenangan oleh Tuan Pengetua kepada YBhg. Datuk Dr. Hj. Kassim bin Hj. Ibrahim

Tokoh Pelajar Menengah Atas, Nyjoelis Leazandra Johnny

Tokoh Pelajar Menengah Rendah, Crystal Marveena Maritin


Friday 3 April 2015

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2014


Sukacita dimaklumkan bahawa SMK Taman Ria, Tuaran akan mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2014 pada 9hb. April 2015, jam 8.30 pagi - 11.30 pagi. Oleh itu, semua pelajar Tingkatan 5 tahun 2014 (SPM 2014) adalah dijemput bersama ibu bapa/penjaga masing-masing untuk menerima sijil dan Surat Berhenti Sekolah. Sila maklum bahawa pendaftaran dan raptai akan dibuat pada jam 7.00 pagi. Bagaimanapun, semua pelajar diminta datang lebih awal agar urusan pengagihan jubah konvo dapat dibuat dengan lancar. Harap maklum.

SEKOLAH DIBUKA SEMULA

Dimaklumkan kepada semua pelajar, ibu bapa/penjaga SMK Taman Ria, Tuaran bahawa sekolah akan dibuka semula pada hari Isnin, 6hb. April 2015. Sekolah ini ditutup baru-baru ini berikutan asap tebal daripada kebakaran longgokan tayar lama yang terletak berhampiran sekolah. Harap maklum.

Monday 30 March 2015

CUTI KHAS SEKOLAH

Makluman kepada semua pelajar, ibu bapa/penjaga dan pemandu bas. Disebabkan asap daripada tayar yang terbakar di sebelah pagar sekolah maka esok (31hb. Mac 2015 - Selasa) adalah hari cuti sekolah. Pihak tuan/puan akan dimaklumkan kemudian apabila sekolah dibuka semula. Harap maklum.

Monday 2 March 2015

KEPUTUSAN SPM 2014

Makluman kepada calon SPM 2014, keputusan Peperiksaan SPM akan dikeluarkan pada jam 11.30 pada pagi hari ini. Sila maklum bahawa acara bergambar akan diadakan pada jam 11.00 pagi. Sila bawa bersama-sama sekeping gambar berukuran passport. Semakan pinjaman buku teks, yuran majalah dan PIBG akan dibuat. Harap maklum.

Thursday 18 December 2014

KEPUTUSAN PT3 TAHUN 2014

Sukacita dimaklumkan bahawa slip keputusan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) tahun 2014 bagi SMK Taman Ria akan diserahkan sebagaimana dalam butiran berikut:

Tarikh: 22hb. Disember 2014
Tempat: Dewan Terbuka Sekolah, SMK Taman Ria Tuaran
Masa: 9.00 am - 12.00 pm
Pakaian: Pakaian sekolah, termasuk rambut hendaklah mengikuti peraturan sekolah.

Saturday 19 July 2014

Sekitar Majlis Khatam a-Quran




Lawatan Penandaarasan VLE oleh IAB


Pada minggu lepas, SMK Taman Ria telah menerima satu satu lawatan penandaarasan pelaksanaan VLE FROG daripada Institut Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Sabah. Perbincangan berkisar daripada segi pelaksanaan, penggunaan dan pembudayaan VLE FROG dalam kalnagn pelajar, guru dan ibu bapa.


Selain daripada menerima lawatan penandaarasan VLE, sekolah ini juga menjadi Jurulatih Utama daerah dalam pelaksanaan VLE. Sekolah ini juga menjadi pelopor bagi pelaksanaan Program AnuraQuest, iaitu satu program pembangunan ensiklopedia digital secara User Generated Content dengan menggunakan persekitaran VLE.

Tuesday 1 July 2014

Pelancaran Projek Gemilang 2014

Pada 27 Jun 2014 yang lepas, sekolah telah melancarkan Projek Gemilang 2014. Projek ini merupakan salah satu usaha pihak sekolah untuk mempertingkatkan lagi pencapaian akademik terutama dalam Peperiksaan SPM 2014 ini. Majlis ini telah dihadiri oleh ibu bapa pelajar yang terlibat di samping YDP PIBG SMK Taman Ria.

Semasa majlis ini juga, pihak sekolah juga telah membuat penyerahan rasmi buku Ria.Progresif kepada pelajar. Buku ini merupakan satu berbentuk modul perkembangan murid yang direka khas untuk calon-calon SPM 2014.

Semoga melalui majlis pelancaran ini, para pelajar yang terlibat akan meningkatkan lagi usaha untuk menghadapi Peperiksaan SPM 2014. Syabas dan tahniah kepada pengetua dan guru-guru SMK Taman Ria kerana telah berjaya menghasilkan modul ini.

Penyerahan Buku Ria.Progresif kepada wakil pelajar

Antara kumpulan Projek Gemilang 2014