Sunday 24 November 2013

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Kali Ke-2

Pada 14 November 2013 yang lepas, Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang (MAPC) Kali ke-2 telah berjaya diadakan di sekolah. Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Delius Somiun, YDP PIBG SMK Taman Ria. Dalam majlis tersebut, lebih 50 orang pelajar telah berjaya mendapat anugerah pelajar cemerlang, iaitu Pelajar Terbaik mengikut mata pelajaran, Tempat Pertama, Kedua dan ketiga setiap kelas. Anugerah Tokoh Pelajar 2013 Lelaki jatuh kepada pelajar Azhar Chong manakala Anugerah Tokoh 2013 Perempuan jatuh kepada Crystal Marveena Maritin. tahniah.



Wednesday 30 October 2013

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 Sesi 2014

Dimaklumkan bahawa pihak sekolah SMK Taman Ria Tuaran akan menjalankan pendaftaran pelajar Tingkatan 1 bagi Sesi 2014 pada 6hb. November 2013 (Rabu) mulai jam 7.30 pagi. Satu taklimat tentang sarana ibu bapa akan diadakan pada jam 10.00 pagi diikuti oleh Majlis Penyerahan Pelajar akan diadakan pada jam 10.30 pagi. Minggu suai kenal pelajar baru akan diadakan pada 7hb. November 2013 kemudaian diikuti oleh Ujian Penampatan Tingkatan 1 pada hari yang sama. Para ibu bapa adalah dipohon untuk menyediakan semua dokumen seperti yang dilampirkan dalam surat makluman. Bagi mengelakkan sebarang kerumitan, ibu bapa dinasihatkan untuk mendaftarkan anak masing-masing mengikut masa yang telah ditetapkan. Harap maklum.

Cuti Peristiwa Sekolah

Dimaklumkan kepada semua pelajar, ibu bapa dan pemandu bas bahawa SMK Taman Ria akan bercuti pada 4hb. November 2013, bersamaan hari Isnin dan 5hb (Selasa). Sekolah akan dibuka seperti biasa pada hari Rabu, 6hb. November 2013.

Tuesday 29 October 2013

Pertandingan AnuraQuest Peringkat Daerah Tuaran

Pada 29 Oktober 2013 yang lepas, telah dilancarkan pertandingan AnuraQuest. Pertandingan ini merupakan pertandingan pembelajaran berasaskan projek (PBL).

BORANG PERTANDINGAN
www.facebook.com/anuraquest

Majlis Pelancaran VLE Peringkat Daerah Tuaran

Pada 29 Oktober 2013 yang lepas, sekali lagi SMK Taman Ria telah diberikan kepercayaan untuk melancarkan Virtual Learning Environment (VLE) Peringkat Daerah Tuaran. Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Shamiun Salleh, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Tuaran. Selepas majlis pelancaran, satu lawatan ke pameran penggunaan VLE melalui Chromebook telah diadakan.

Semasa pelancaran VLE ini, juga telah dilancarkan bersama-sama Pertandingan AnuraQuest, iaitu pertandingan pembelajaran berasaskan projek (Project Based Learning). Pertandingan ini dibuka pada 29 Oktober 2013 dan akan ditutup pada 6 Januari 2013. Borang pertandingan boleh didownload di sini. Peserta juga boleh mengikuti perbincangan tentang pertandingan ini di www.facebook.com/anuraquest.


Majlis Pelancaran Kem Membaca 1Malaysia Peringkat Daerah Tuaran

Pada 28 Oktober 2013 yang lepas, Majlis Pelancaran Kem Membaca 1Malaysia Peringkat Daerah Tuaran telah diadakan di SMK Taman Ria, Tuaran. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Puan Tah Nia Hj. Jaman, Pegawai Pendidikan Daerah Tuaran. Terima kasih kepada pihak PPD dan PKG Tuaran kerana telah memberikan kepercayaan kepada SMK Taman Ria untuk melancarkan program tersebut. Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada semua AJK yang terlibat.

Wednesday 16 October 2013

Peperiksaan Semester 2_2013

Pihak pentadbir dan guru-guru SMK Taman Ria Tuaran mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar sekolah yang menduduki Peperiksaan Semester Kedua mulai hari ini, 17 Oktober 2013 hingga 25 Oktober 2013.

Sunday 22 September 2013

Pungutan data pelajar untuk SPS

Makluman kepada semua ibu bapa/penjaga pelajar SMK Taman Ria bahawa satu pungutan data pelajar sedang dibuat untuk mengisi aplikasi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS). Satu set borang maklumat pelajar telah diedarkan kepada semua pelajar. Borang yang telah siap diisi hendaklah dihantar kepada guru tingkatan pada atau sebelum 27hb. September 2013. Kerjasama yang diberikan amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Monday 16 September 2013

Majlis Penyerahan Komputer Riba 1Malaysia

Pada minggu lepas, satu Majlis Penyerahan Komputer Riba 1Malaysia telah diadakan di Dewan Terbuka SMK Taman Ria Tuaran. Dalam majlis tersebut, sebanyak 197 buah komputer telah disampaikan kepada pelajar-pelajar SMK Taman Ria yang layak. Komputer tersebut merupakan sumbangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).




Monday 9 September 2013

Aktiviti Bulan Kemanusiaan

Bulan Kemanusiaan SMK Taman Ria dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang menarik. Pada minggu lepas, beberapa aktiviti iaitu aktiviti menanam pokok, senaman aerobik, pertandingan bola sepak dan bola jaring telah diadakan. Pertandingan bola sepak telah dimenangi oleh Tingkatan 2 Citra sementara pertandingan bola jaring telah dimenangi oleh Tingkatan 2 Ceria. Syabas.








Monday 2 September 2013

Perkhemahan Perdana Unit-Unit Beruniform 2013

Pada 30 - 31 Ogos 2013 yang lepas, satu Perkhemahan Perdana Unit-Unit Beruniform Kali Pertama telah diadakan di SMK taman Ria. Perkhemahan selama dua hari itu telah berjaya dilaksanakan dengan cemerlang. Perkhemahan yang disertai oleh enam pasukan itu telah dirasmikan oleh En. Samtiar Mantair daripada PPD Tuara. Syabas dan tahniah kepada semua pasukan.









Sambutan Merdeka Raya 2013

Pada 30 Ogos 2013 yang lepas, sekolah SMK Taman Ria telah menempah sejarah dengan mengadakan program 3 dalam 1, iaitu acara menanam pokok sempena Hari Kemerdekaan Ke-56, Sambutan Hari Raya dan Sambutan Hari Kemerdekaan. Antara yang hadir dalam program tersebut ialahh Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah, Timbalan Pengarah, Pegawai Pendidikan Daerah, Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian Sabah dan Pegawai Perhubungan Polis Daerah.








Sunday 1 September 2013

Sunday 7 July 2013

Sekitar Sukan Sekolah Kali Pertama

Sukan Tahunan Sekolah Kali Pertama telah diadakan pada 3-4 Julai 2013. Sukan tahunan yang julung-julung kali diadakan ini telah dirasmikan oleh Encik Samtiar Hj. Mantair daripada Pejabat Pelajaran Daerah Tuaran.