Wednesday 30 October 2013

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 Sesi 2014

Dimaklumkan bahawa pihak sekolah SMK Taman Ria Tuaran akan menjalankan pendaftaran pelajar Tingkatan 1 bagi Sesi 2014 pada 6hb. November 2013 (Rabu) mulai jam 7.30 pagi. Satu taklimat tentang sarana ibu bapa akan diadakan pada jam 10.00 pagi diikuti oleh Majlis Penyerahan Pelajar akan diadakan pada jam 10.30 pagi. Minggu suai kenal pelajar baru akan diadakan pada 7hb. November 2013 kemudaian diikuti oleh Ujian Penampatan Tingkatan 1 pada hari yang sama. Para ibu bapa adalah dipohon untuk menyediakan semua dokumen seperti yang dilampirkan dalam surat makluman. Bagi mengelakkan sebarang kerumitan, ibu bapa dinasihatkan untuk mendaftarkan anak masing-masing mengikut masa yang telah ditetapkan. Harap maklum.

Cuti Peristiwa Sekolah

Dimaklumkan kepada semua pelajar, ibu bapa dan pemandu bas bahawa SMK Taman Ria akan bercuti pada 4hb. November 2013, bersamaan hari Isnin dan 5hb (Selasa). Sekolah akan dibuka seperti biasa pada hari Rabu, 6hb. November 2013.

Tuesday 29 October 2013

Pertandingan AnuraQuest Peringkat Daerah Tuaran

Pada 29 Oktober 2013 yang lepas, telah dilancarkan pertandingan AnuraQuest. Pertandingan ini merupakan pertandingan pembelajaran berasaskan projek (PBL).

BORANG PERTANDINGAN
www.facebook.com/anuraquest

Majlis Pelancaran VLE Peringkat Daerah Tuaran

Pada 29 Oktober 2013 yang lepas, sekali lagi SMK Taman Ria telah diberikan kepercayaan untuk melancarkan Virtual Learning Environment (VLE) Peringkat Daerah Tuaran. Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Shamiun Salleh, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Tuaran. Selepas majlis pelancaran, satu lawatan ke pameran penggunaan VLE melalui Chromebook telah diadakan.

Semasa pelancaran VLE ini, juga telah dilancarkan bersama-sama Pertandingan AnuraQuest, iaitu pertandingan pembelajaran berasaskan projek (Project Based Learning). Pertandingan ini dibuka pada 29 Oktober 2013 dan akan ditutup pada 6 Januari 2013. Borang pertandingan boleh didownload di sini. Peserta juga boleh mengikuti perbincangan tentang pertandingan ini di www.facebook.com/anuraquest.


Majlis Pelancaran Kem Membaca 1Malaysia Peringkat Daerah Tuaran

Pada 28 Oktober 2013 yang lepas, Majlis Pelancaran Kem Membaca 1Malaysia Peringkat Daerah Tuaran telah diadakan di SMK Taman Ria, Tuaran. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Puan Tah Nia Hj. Jaman, Pegawai Pendidikan Daerah Tuaran. Terima kasih kepada pihak PPD dan PKG Tuaran kerana telah memberikan kepercayaan kepada SMK Taman Ria untuk melancarkan program tersebut. Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada semua AJK yang terlibat.

Wednesday 16 October 2013

Peperiksaan Semester 2_2013

Pihak pentadbir dan guru-guru SMK Taman Ria Tuaran mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar sekolah yang menduduki Peperiksaan Semester Kedua mulai hari ini, 17 Oktober 2013 hingga 25 Oktober 2013.