Monday 26 May 2014

Format Pertandingan AnuraQuest Daerah Tuaran 2014

Pertandingan AnuraQuest peringkat daerah Tuaran bagi 2014 akan ditutup pada 18 Jun 2014. Bagaimanapun, para peserta masih boleh mengemaskini site masing-masing sehinggalah pada hari pertandingan. Pertandingan ini menggunakan konsep PBL (Project based learning). Matlamat akhir pertandingan adalah untuk mewujudkan satu koleksi ensiklopedia digital di setiap sekolah dan memberikan ruang kepada murid untuk menguasai suatu topik P&P secara mendalam. Terdapat dua kategori yang dipertandingkan iaitu Kategori site Program AnuraQuest (Dashboard AnuraQuest) dan site murid.

Syarat dan Peraturan
1.Penyertaan adalah secara berkumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 3 orang murid dan seorang guru pembimbing. Setiap sekolah boleh menghantar seberapa banyak penyertaan.

2. Isi kandungan site yang dihasilkan oleh pelajar hendaklah diambil daripada sukatan mata pelajaran.

3. Susun letak dan kandungan menu utama dalam site adalah bergantung kepada kreativiti peserta, namun menu berikut adalah WAJIB:

a. Laman Utama
b. Soalan Kurikulum
c. Biodata peserta

Soalan kurikulum terdiri daripada tiga elemen, iaitu Soalan Asas, Soalan Unit dan Soalan Kandungan.  Sebagai contoh, jika tajuk yang dipilih ialah Pengangkutan Darat maka soalan kurikulumnya adalah seperti berikut ini.

a. Soalan Asas (Essential Question)
Bagaimanakah menjadikan dunia ini lebih selesa untuk kita tinggal?

b. Soalan Unit
Apakah itu pengangkutan?

c. Soalan Kandungan
a. Apakah itu pengangkutan darat?
b. Nyatakan jenis-jenis pengangkutan darat?
c...

Jumlah Soalan Kandungan ini tidak terhad. Jumlah Soalan Kandungan akan menunjukkan kedalaman pengetahuan tentang tajuk tersebut oleh peserta.

Kandungan site peserta adalah bertujuan untuk menjawab semua persoalan dalam Soalan Kurikulum dan tumpuan adalah pada bahagian Soalan Kandungan.


Bagi biodata pelajar pula, kandungannya adalah seperti berikut:
-Gambar passport
-Sekolah
-Tingkatan
-Cita-cita
-Motto

Sila hantar penyertaan:
1. Nama sekolah
2. Nama guru pembimbing
3. Senarai 3 orang murid
4. Tajuk

Sila hantar kepada riabestari@gmail.com pada atau sebelum 18 Jun 2014.

No comments:

Post a Comment