Wednesday 8 April 2015

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2014

Ketibaan YBhg. Datuk Dr. Hj Kassim Bin Hj. Ibrahim, Ketua Sektor, SPA

Penyampaian sijil kepada Maizatul Asima Rashid, salah seorang lepasan SPM 2014

Persembahan tarian sumazau oleh pelajar Pendidikan Khas
HARI ini merupakan satu sejarah bagi SMK Taman Ria, Tuaran. Ini kerana sambutan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar (MAKP) yang diadakan pada hari ini merupakan julung-julung kali bagi lepasan SPM sekolah ini. Kumpulan pertama calon SPM sekolah ini pada tahun lepas adalah seramai 38 orang. 

MAKP ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Dr. Hj. Mohd. Kassim Bin Hj. Ibrahim, Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Sabah. Turut hadir dalam majlis ini adalah YDP, PIBG SMK Taman Ria iaitu Encik Jaimin Jimin. Seramai 70 orang pelajar telah menerima penganugerahan dalam majlis ini termasuk 38 orang lepasan SPM 2014.Syabas dan tahniah diucapkan.

Penyampaian cenderakenangan oleh Tuan Pengetua kepada YBhg. Datuk Dr. Hj. Kassim bin Hj. Ibrahim

Tokoh Pelajar Menengah Atas, Nyjoelis Leazandra Johnny

Tokoh Pelajar Menengah Rendah, Crystal Marveena Maritin


Friday 3 April 2015

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2014


Sukacita dimaklumkan bahawa SMK Taman Ria, Tuaran akan mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2014 pada 9hb. April 2015, jam 8.30 pagi - 11.30 pagi. Oleh itu, semua pelajar Tingkatan 5 tahun 2014 (SPM 2014) adalah dijemput bersama ibu bapa/penjaga masing-masing untuk menerima sijil dan Surat Berhenti Sekolah. Sila maklum bahawa pendaftaran dan raptai akan dibuat pada jam 7.00 pagi. Bagaimanapun, semua pelajar diminta datang lebih awal agar urusan pengagihan jubah konvo dapat dibuat dengan lancar. Harap maklum.

SEKOLAH DIBUKA SEMULA

Dimaklumkan kepada semua pelajar, ibu bapa/penjaga SMK Taman Ria, Tuaran bahawa sekolah akan dibuka semula pada hari Isnin, 6hb. April 2015. Sekolah ini ditutup baru-baru ini berikutan asap tebal daripada kebakaran longgokan tayar lama yang terletak berhampiran sekolah. Harap maklum.