Thursday 18 December 2014

KEPUTUSAN PT3 TAHUN 2014

Sukacita dimaklumkan bahawa slip keputusan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) tahun 2014 bagi SMK Taman Ria akan diserahkan sebagaimana dalam butiran berikut:

Tarikh: 22hb. Disember 2014
Tempat: Dewan Terbuka Sekolah, SMK Taman Ria Tuaran
Masa: 9.00 am - 12.00 pm
Pakaian: Pakaian sekolah, termasuk rambut hendaklah mengikuti peraturan sekolah.

Saturday 19 July 2014

Sekitar Majlis Khatam a-Quran




Lawatan Penandaarasan VLE oleh IAB


Pada minggu lepas, SMK Taman Ria telah menerima satu satu lawatan penandaarasan pelaksanaan VLE FROG daripada Institut Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Sabah. Perbincangan berkisar daripada segi pelaksanaan, penggunaan dan pembudayaan VLE FROG dalam kalnagn pelajar, guru dan ibu bapa.


Selain daripada menerima lawatan penandaarasan VLE, sekolah ini juga menjadi Jurulatih Utama daerah dalam pelaksanaan VLE. Sekolah ini juga menjadi pelopor bagi pelaksanaan Program AnuraQuest, iaitu satu program pembangunan ensiklopedia digital secara User Generated Content dengan menggunakan persekitaran VLE.

Tuesday 1 July 2014

Pelancaran Projek Gemilang 2014

Pada 27 Jun 2014 yang lepas, sekolah telah melancarkan Projek Gemilang 2014. Projek ini merupakan salah satu usaha pihak sekolah untuk mempertingkatkan lagi pencapaian akademik terutama dalam Peperiksaan SPM 2014 ini. Majlis ini telah dihadiri oleh ibu bapa pelajar yang terlibat di samping YDP PIBG SMK Taman Ria.

Semasa majlis ini juga, pihak sekolah juga telah membuat penyerahan rasmi buku Ria.Progresif kepada pelajar. Buku ini merupakan satu berbentuk modul perkembangan murid yang direka khas untuk calon-calon SPM 2014.

Semoga melalui majlis pelancaran ini, para pelajar yang terlibat akan meningkatkan lagi usaha untuk menghadapi Peperiksaan SPM 2014. Syabas dan tahniah kepada pengetua dan guru-guru SMK Taman Ria kerana telah berjaya menghasilkan modul ini.

Penyerahan Buku Ria.Progresif kepada wakil pelajar

Antara kumpulan Projek Gemilang 2014

Sunday 1 June 2014

Projek Rintis iThink Online


Apakah program I-Think?

Program I-Think adalah program yang bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berinovatif.

Apa yang diharapkan daripada program I-Think?
  1. Dengan menggunakan alat berfikir (Thinking tools) murid lebih fokus dan berkeyakinan di dalam kelas.
  2. Aktiviti berpusatkan murid.
  3. Prestasi murid meningkat setelah menggunakan alat berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran.
  4. Hubungan guru dan murid semakin rapat kerana guru berperanan sebagai fasilitator. 

    Pautan ke laman iThinkonline

    Aplikasi iThinkonline juga boleh diinstall melalui Google Play...Sini

Sambutan Hari Jadi Guru dan Pelajar

Sambutan Hari Jadi Guru dan Pelajar diadakan setiap bulan. Ini adalah salah satu aktiviti sekolah bagi merealisasikan konsep Sekolah Penyayang.


Monday 26 May 2014

Format Pertandingan AnuraQuest Daerah Tuaran 2014

Pertandingan AnuraQuest peringkat daerah Tuaran bagi 2014 akan ditutup pada 18 Jun 2014. Bagaimanapun, para peserta masih boleh mengemaskini site masing-masing sehinggalah pada hari pertandingan. Pertandingan ini menggunakan konsep PBL (Project based learning). Matlamat akhir pertandingan adalah untuk mewujudkan satu koleksi ensiklopedia digital di setiap sekolah dan memberikan ruang kepada murid untuk menguasai suatu topik P&P secara mendalam. Terdapat dua kategori yang dipertandingkan iaitu Kategori site Program AnuraQuest (Dashboard AnuraQuest) dan site murid.

Syarat dan Peraturan
1.Penyertaan adalah secara berkumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 3 orang murid dan seorang guru pembimbing. Setiap sekolah boleh menghantar seberapa banyak penyertaan.

2. Isi kandungan site yang dihasilkan oleh pelajar hendaklah diambil daripada sukatan mata pelajaran.

3. Susun letak dan kandungan menu utama dalam site adalah bergantung kepada kreativiti peserta, namun menu berikut adalah WAJIB:

a. Laman Utama
b. Soalan Kurikulum
c. Biodata peserta

Soalan kurikulum terdiri daripada tiga elemen, iaitu Soalan Asas, Soalan Unit dan Soalan Kandungan.  Sebagai contoh, jika tajuk yang dipilih ialah Pengangkutan Darat maka soalan kurikulumnya adalah seperti berikut ini.

a. Soalan Asas (Essential Question)
Bagaimanakah menjadikan dunia ini lebih selesa untuk kita tinggal?

b. Soalan Unit
Apakah itu pengangkutan?

c. Soalan Kandungan
a. Apakah itu pengangkutan darat?
b. Nyatakan jenis-jenis pengangkutan darat?
c...

Jumlah Soalan Kandungan ini tidak terhad. Jumlah Soalan Kandungan akan menunjukkan kedalaman pengetahuan tentang tajuk tersebut oleh peserta.

Kandungan site peserta adalah bertujuan untuk menjawab semua persoalan dalam Soalan Kurikulum dan tumpuan adalah pada bahagian Soalan Kandungan.


Bagi biodata pelajar pula, kandungannya adalah seperti berikut:
-Gambar passport
-Sekolah
-Tingkatan
-Cita-cita
-Motto

Sila hantar penyertaan:
1. Nama sekolah
2. Nama guru pembimbing
3. Senarai 3 orang murid
4. Tajuk

Sila hantar kepada riabestari@gmail.com pada atau sebelum 18 Jun 2014.

Sunday 25 May 2014

Lawatan penandaarasan VLE Frog

  
Pada 21 Mei yang lepas, satu rombongan daripada SK Pekan Kiulu telah membuat lawatan penandaarasan pelaksanaan dan pembudayaan VLE Frog di SMK Taman Ria. Semasa lawatan tersebut, taklimat tentang pelaksanaan VLE telah disampaikan kepada rombongan serami empat orang.

Monday 5 May 2014

Dialog Prestasi Bil.1/ 2014

DIALOG PRESTASI (DP) adalah satu langkah intervensi bagi menggerakkan secara optimum kecemerlangan sekolah. Bagi mencapai matlamat ini, sartu DP telah dibuat di sekolah yang dibuat bersama-sama dengan PPD Daerah Tuaran, SIP+, SISC+ dan Guru Cemerlang. Pembentangan HeadCount, Analisis Item dan Intervensi telah dibuat oleh guru mata pelajaran Sejarah, Bahasa Melayu dan Matematik Tingkatan 5. Syabas kepada semua.



Thursday 1 May 2014

Peperiksaan Semester 1 2014


Makluman kepada ibu bapa/penjaga/pemandu bas sekolah, sekolah akan mengadakan Peperiksaan Semester 1 bagi tahun 2014 seperti dalam jadual berikut:

Tingkatan 1 - 3: 12 hb. Mei - 19hb. Mei 2014
Tingkatan  4: 5 hb. Mei - 19hb. Mei 2014
Tingkatan 5: 7 hb. Mei - 19hb. Mei 2014

Harap maklum.