Tuesday 12 March 2013

Lawatan Penandaarasan PBS

Pada 11 Mac 2013 yang lepas, seramai 4 orang guru dari SMK Taman Ria Tuaran telah membuat lawatan penandaarasan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di SK Tobobon, Kota Kinabalu. Pelaksanaan PBS di sekolah SK Tobobon adalah antara yang terbaik di daerah Kota Kinabalu. Rombongan dari SMK Taman Ria yang terdiri daripada Encik Jackson Siga, Puan Rujinah Majimin, Puan Nurisma Liaw dan Cik Rokian Libi disambut oleh Guru Besar SK Tobobon iaitu  Encik Alhazmi Abdullah. Taklimat pelaksanaan PBS pula telah diberikan oleh Puan Khew Yin Phin selaku Penyelaras PBS sekolah. Tahniah kepada SK Tobobon.


No comments:

Post a Comment