Sunday 22 September 2013

Pungutan data pelajar untuk SPS

Makluman kepada semua ibu bapa/penjaga pelajar SMK Taman Ria bahawa satu pungutan data pelajar sedang dibuat untuk mengisi aplikasi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS). Satu set borang maklumat pelajar telah diedarkan kepada semua pelajar. Borang yang telah siap diisi hendaklah dihantar kepada guru tingkatan pada atau sebelum 27hb. September 2013. Kerjasama yang diberikan amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Monday 16 September 2013

Majlis Penyerahan Komputer Riba 1Malaysia

Pada minggu lepas, satu Majlis Penyerahan Komputer Riba 1Malaysia telah diadakan di Dewan Terbuka SMK Taman Ria Tuaran. Dalam majlis tersebut, sebanyak 197 buah komputer telah disampaikan kepada pelajar-pelajar SMK Taman Ria yang layak. Komputer tersebut merupakan sumbangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).




Monday 9 September 2013

Aktiviti Bulan Kemanusiaan

Bulan Kemanusiaan SMK Taman Ria dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang menarik. Pada minggu lepas, beberapa aktiviti iaitu aktiviti menanam pokok, senaman aerobik, pertandingan bola sepak dan bola jaring telah diadakan. Pertandingan bola sepak telah dimenangi oleh Tingkatan 2 Citra sementara pertandingan bola jaring telah dimenangi oleh Tingkatan 2 Ceria. Syabas.








Monday 2 September 2013

Perkhemahan Perdana Unit-Unit Beruniform 2013

Pada 30 - 31 Ogos 2013 yang lepas, satu Perkhemahan Perdana Unit-Unit Beruniform Kali Pertama telah diadakan di SMK taman Ria. Perkhemahan selama dua hari itu telah berjaya dilaksanakan dengan cemerlang. Perkhemahan yang disertai oleh enam pasukan itu telah dirasmikan oleh En. Samtiar Mantair daripada PPD Tuara. Syabas dan tahniah kepada semua pasukan.









Sambutan Merdeka Raya 2013

Pada 30 Ogos 2013 yang lepas, sekolah SMK Taman Ria telah menempah sejarah dengan mengadakan program 3 dalam 1, iaitu acara menanam pokok sempena Hari Kemerdekaan Ke-56, Sambutan Hari Raya dan Sambutan Hari Kemerdekaan. Antara yang hadir dalam program tersebut ialahh Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah, Timbalan Pengarah, Pegawai Pendidikan Daerah, Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian Sabah dan Pegawai Perhubungan Polis Daerah.








Sunday 1 September 2013