Wednesday, 29 July 2015
BULAN KEMANUSIAAN 2015
Kini tiba lagi....Bulan Kemanusiaan SMK Taman Ria, Tuaran akan dilancarkan pada 10hb Ogos ini. Pelbagai aktiviti yang akan dijalankan..Sila lihat di papan kenyatan Bidang Kemanusiaan untuk melihat aktiviti yang dijalankan....Hadiah lumayan menanti anda....
Friday, 26 June 2015
BENGKEL PENGURUSAN BLOG SMART
FROG CHAMPION 2015
![]() |
| 'Frog Champ' kategori pelajar |
Pada 22 Jun 2015, penyampaian hadiah kepada pemenang Frog Champion telah disampaikan oleh Tuan Haji Said Bin Andong sempena Bulan Teknik dan Vokasional 2015. Pemenang kategori guru ialah cikgu Jackson Siga, cikgu Kamisah Mohd. Khamis dan cikgu Roslinah Majimin.
Manakala Frog Champion kalangan pelajar jatuh kepada Ibrahim Noel, Jamaliah Ondong dan Siti Shahfizah Madsa. Pemenang mendapat sijil penghargaan dan johan 'Frog Champ.' kalangan pelajar mendapat baucer buku dan sijil. Penyampaian sijil dibuat semasa perhimpunan di Dataran Ria, SMK. Taman Ria Tuaran.
Wednesday, 8 April 2015
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2014
![]() |
| Ketibaan YBhg. Datuk Dr. Hj Kassim Bin Hj. Ibrahim, Ketua Sektor, SPA |
![]() |
| Penyampaian sijil kepada Maizatul Asima Rashid, salah seorang lepasan SPM 2014 |
![]() |
| Persembahan tarian sumazau oleh pelajar Pendidikan Khas |
HARI ini merupakan satu sejarah bagi SMK Taman Ria, Tuaran. Ini kerana sambutan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar (MAKP) yang diadakan pada hari ini merupakan julung-julung kali bagi lepasan SPM sekolah ini. Kumpulan pertama calon SPM sekolah ini pada tahun lepas adalah seramai 38 orang.
MAKP ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Dr. Hj. Mohd. Kassim Bin Hj. Ibrahim, Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Sabah. Turut hadir dalam majlis ini adalah YDP, PIBG SMK Taman Ria iaitu Encik Jaimin Jimin. Seramai 70 orang pelajar telah menerima penganugerahan dalam majlis ini termasuk 38 orang lepasan SPM 2014.Syabas dan tahniah diucapkan.
![]() |
| Penyampaian cenderakenangan oleh Tuan Pengetua kepada YBhg. Datuk Dr. Hj. Kassim bin Hj. Ibrahim |
![]() |
| Tokoh Pelajar Menengah Atas, Nyjoelis Leazandra Johnny |
![]() |
| Tokoh Pelajar Menengah Rendah, Crystal Marveena Maritin |
Friday, 3 April 2015
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2014
Sukacita dimaklumkan bahawa SMK Taman Ria, Tuaran akan mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2014 pada 9hb. April 2015, jam 8.30 pagi - 11.30 pagi. Oleh itu, semua pelajar Tingkatan 5 tahun 2014 (SPM 2014) adalah dijemput bersama ibu bapa/penjaga masing-masing untuk menerima sijil dan Surat Berhenti Sekolah. Sila maklum bahawa pendaftaran dan raptai akan dibuat pada jam 7.00 pagi. Bagaimanapun, semua pelajar diminta datang lebih awal agar urusan pengagihan jubah konvo dapat dibuat dengan lancar. Harap maklum.
Monday, 30 March 2015
Monday, 2 March 2015
KEPUTUSAN SPM 2014
Makluman kepada calon SPM 2014, keputusan Peperiksaan SPM akan dikeluarkan pada jam 11.30 pada pagi hari ini. Sila maklum bahawa acara bergambar akan diadakan pada jam 11.00 pagi. Sila bawa bersama-sama sekeping gambar berukuran passport. Semakan pinjaman buku teks, yuran majalah dan PIBG akan dibuat. Harap maklum.
Thursday, 18 December 2014
KEPUTUSAN PT3 TAHUN 2014
Sukacita dimaklumkan bahawa slip keputusan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) tahun 2014 bagi SMK Taman Ria akan diserahkan sebagaimana dalam butiran berikut:
Tarikh: 22hb. Disember 2014
Tempat: Dewan Terbuka Sekolah, SMK Taman Ria Tuaran
Masa: 9.00 am - 12.00 pm
Pakaian: Pakaian sekolah, termasuk rambut hendaklah mengikuti peraturan sekolah.
Saturday, 19 July 2014
Lawatan Penandaarasan VLE oleh IAB
Pada minggu lepas, SMK Taman Ria telah menerima satu satu lawatan penandaarasan pelaksanaan VLE FROG daripada Institut Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Sabah. Perbincangan berkisar daripada segi pelaksanaan, penggunaan dan pembudayaan VLE FROG dalam kalnagn pelajar, guru dan ibu bapa.
Selain daripada menerima lawatan penandaarasan VLE, sekolah ini juga menjadi Jurulatih Utama daerah dalam pelaksanaan VLE. Sekolah ini juga menjadi pelopor bagi pelaksanaan Program AnuraQuest, iaitu satu program pembangunan ensiklopedia digital secara User Generated Content dengan menggunakan persekitaran VLE.
Tuesday, 1 July 2014
Pelancaran Projek Gemilang 2014
Pada 27 Jun 2014 yang lepas, sekolah telah melancarkan Projek Gemilang 2014. Projek ini merupakan salah satu usaha pihak sekolah untuk mempertingkatkan lagi pencapaian akademik terutama dalam Peperiksaan SPM 2014 ini. Majlis ini telah dihadiri oleh ibu bapa pelajar yang terlibat di samping YDP PIBG SMK Taman Ria.
Semasa majlis ini juga, pihak sekolah juga telah membuat penyerahan rasmi buku Ria.Progresif kepada pelajar. Buku ini merupakan satu berbentuk modul perkembangan murid yang direka khas untuk calon-calon SPM 2014.
Semoga melalui majlis pelancaran ini, para pelajar yang terlibat akan meningkatkan lagi usaha untuk menghadapi Peperiksaan SPM 2014. Syabas dan tahniah kepada pengetua dan guru-guru SMK Taman Ria kerana telah berjaya menghasilkan modul ini.
Sunday, 1 June 2014
Projek Rintis iThink Online
Apakah program I-Think?
Program
I-Think adalah program yang bertujuan mempertingkatkan dan
membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah
menghasilkan murid berinovatif.
Apa yang diharapkan daripada program I-Think?
- Dengan menggunakan alat berfikir (Thinking tools) murid lebih fokus dan berkeyakinan di dalam kelas.
- Aktiviti berpusatkan murid.
- Prestasi murid meningkat setelah menggunakan alat berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran.
- Hubungan guru dan murid semakin rapat kerana guru berperanan sebagai fasilitator.

Pautan ke laman iThinkonline

Aplikasi iThinkonline juga boleh diinstall melalui Google Play...Sini
Sambutan Hari Jadi Guru dan Pelajar
Monday, 26 May 2014
Format Pertandingan AnuraQuest Daerah Tuaran 2014
Pertandingan AnuraQuest peringkat daerah Tuaran bagi 2014 akan ditutup pada 18 Jun 2014. Bagaimanapun, para peserta masih boleh mengemaskini site masing-masing sehinggalah pada hari pertandingan. Pertandingan ini menggunakan konsep PBL (Project based learning). Matlamat akhir pertandingan adalah untuk mewujudkan satu koleksi ensiklopedia digital di setiap sekolah dan memberikan ruang kepada murid untuk menguasai suatu topik P&P secara mendalam. Terdapat dua kategori yang dipertandingkan iaitu Kategori site Program AnuraQuest (Dashboard AnuraQuest) dan site murid.
Syarat dan Peraturan
1.Penyertaan adalah secara berkumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 3 orang murid dan seorang guru pembimbing. Setiap sekolah boleh menghantar seberapa banyak penyertaan.
2. Isi kandungan site yang dihasilkan oleh pelajar hendaklah diambil daripada sukatan mata pelajaran.
3. Susun letak dan kandungan menu utama dalam site adalah bergantung kepada kreativiti peserta, namun menu berikut adalah WAJIB:
a. Laman Utama
b. Soalan Kurikulum
c. Biodata peserta
Soalan kurikulum terdiri daripada tiga elemen, iaitu Soalan Asas, Soalan Unit dan Soalan Kandungan. Sebagai contoh, jika tajuk yang dipilih ialah Pengangkutan Darat maka soalan kurikulumnya adalah seperti berikut ini.
a. Soalan Asas (Essential Question)
Bagaimanakah menjadikan dunia ini lebih selesa untuk kita tinggal?
b. Soalan Unit
Apakah itu pengangkutan?
c. Soalan Kandungan
a. Apakah itu pengangkutan darat?
b. Nyatakan jenis-jenis pengangkutan darat?
c...
Jumlah Soalan Kandungan ini tidak terhad. Jumlah Soalan Kandungan akan menunjukkan kedalaman pengetahuan tentang tajuk tersebut oleh peserta.
Kandungan site peserta adalah bertujuan untuk menjawab semua persoalan dalam Soalan Kurikulum dan tumpuan adalah pada bahagian Soalan Kandungan.
Bagi biodata pelajar pula, kandungannya adalah seperti berikut:
-Gambar passport
-Sekolah
-Tingkatan
-Cita-cita
-Motto
Sila hantar penyertaan:
1. Nama sekolah
2. Nama guru pembimbing
3. Senarai 3 orang murid
4. Tajuk
Sila hantar kepada riabestari@gmail.com pada atau sebelum 18 Jun 2014.
Sunday, 25 May 2014
Lawatan penandaarasan VLE Frog
Pada 21 Mei yang lepas, satu rombongan daripada SK Pekan Kiulu telah membuat lawatan penandaarasan pelaksanaan dan pembudayaan VLE Frog di SMK Taman Ria. Semasa lawatan tersebut, taklimat tentang pelaksanaan VLE telah disampaikan kepada rombongan serami empat orang.
Wednesday, 14 May 2014
Monday, 5 May 2014
Dialog Prestasi Bil.1/ 2014
DIALOG PRESTASI (DP) adalah satu langkah intervensi bagi menggerakkan secara optimum kecemerlangan sekolah. Bagi mencapai matlamat ini, sartu DP telah dibuat di sekolah yang dibuat bersama-sama dengan PPD Daerah Tuaran, SIP+, SISC+ dan Guru Cemerlang. Pembentangan HeadCount, Analisis Item dan Intervensi telah dibuat oleh guru mata pelajaran Sejarah, Bahasa Melayu dan Matematik Tingkatan 5. Syabas kepada semua.
Thursday, 1 May 2014
Peperiksaan Semester 1 2014
Makluman
kepada ibu bapa/penjaga/pemandu bas sekolah, sekolah akan mengadakan
Peperiksaan Semester 1 bagi tahun 2014 seperti dalam jadual berikut:
Tingkatan 1 - 3: 12 hb. Mei - 19hb. Mei 2014
Tingkatan 4: 5 hb. Mei - 19hb. Mei 2014
Tingkatan 5: 7 hb. Mei - 19hb. Mei 2014
Harap maklum.
Wednesday, 19 February 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)




























