 |
Ketibaan YBhg. Datuk Dr. Hj Kassim Bin Hj. Ibrahim, Ketua Sektor, SPA |
 |
Penyampaian sijil kepada Maizatul Asima Rashid, salah seorang lepasan SPM 2014 |
 |
Persembahan tarian sumazau oleh pelajar Pendidikan Khas |
HARI ini merupakan satu sejarah bagi SMK Taman Ria, Tuaran. Ini kerana sambutan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar (MAKP) yang diadakan pada hari ini merupakan julung-julung kali bagi lepasan SPM sekolah ini. Kumpulan pertama calon SPM sekolah ini pada tahun lepas adalah seramai 38 orang.
MAKP ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Dr. Hj. Mohd. Kassim Bin Hj. Ibrahim, Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Sabah. Turut hadir dalam majlis ini adalah YDP, PIBG SMK Taman Ria iaitu Encik Jaimin Jimin. Seramai 70 orang pelajar telah menerima penganugerahan dalam majlis ini termasuk 38 orang lepasan SPM 2014.Syabas dan tahniah diucapkan.
 |
Penyampaian cenderakenangan oleh Tuan Pengetua kepada YBhg. Datuk Dr. Hj. Kassim bin Hj. Ibrahim |
 |
Tokoh Pelajar Menengah Atas, Nyjoelis Leazandra Johnny |
 |
Tokoh Pelajar Menengah Rendah, Crystal Marveena Maritin |