Sunday, 24 March 2013
Saturday, 23 March 2013
Sekitar Mesyuarat Agung PIBG Kali Pertama
Sekitar Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Kali Pertama SMK Taman Ria Tuaran.
![]() |
Ucapan perasmian oleh YB Datuk Hj. Hajiji Hj Noor, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Merangkap ADUN N.10 Sulaman |
![]() |
Mesyuarat Agung PIBG SMK Taman Ria Kali Pertama yang dipengerusikan oleh Encik Delius Somiun, YDP PIBG SMK Taman Ria Tuaran |
![]() |
YB Datuk Hj. Hajiji Hj Noor mengabdikan kenangan bersama Puan Tah Nia Hj. Jaman, PPD Tuaran bersama pengetua dan guru-guru SMK Taman Ria Tuaran |
Thursday, 21 March 2013
Pelancaran Program Mentor Mentee Sekolah
Pada 18 Mac 2013 yang lepas, salah satu program Guru Penyayang KPM iaitu Program Mentor Mentee telah dilancarkan di SMK Taman Ria. Semasa pelancaran tersebut, penyerahan mentee telah dibuat.
Program Guru Penyayang ini dilaksanakan agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Konsep ini Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa. Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat. Objektif Guru Penyayang adalah agar:
- Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru.
- Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.
- Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah.
- Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.
Tuan Pengetua Sekolah bersama dengan mentee-menteenya
Puan Cheristinna dengan mentee-menteenya
Puan Noor Halizah dengan mentee-menteenya
Puan Rujinah dengan mentee-menteenya
Puan Bernadatte dengan mentee-menteenya
Puan Juhidah dengan mentee-menteenya
Encik Talip dengan mentee-menteenya
Wednesday, 20 March 2013
SMK Taman Ria
VISI SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Ria cemerlang menjelang 2017.
MISI SEKOLAH
Mendidik warga sekolah menjadi insan cemerlang dengan berfokus kepada DIKUKOS (Disiplin, Kurikulum, Kokurikulum, dan Sahsiah) secara koperatif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
MOTTO SEKOLAH
Berilmu Berintegriti Berwawasan
Tuesday, 19 March 2013
Soal Selidik Sarana Ibu bapa
Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah sebagai inisiatif kebangsaan untuk meningkatkan penglibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta membantu kejayaan murid. Penglibatansemua pihak ini mampu mengubah sistem pendidikan negara ke arah kecemerlangan dan kemenjadian murid seperti yang diharapkan dalam Falsafah Pendidikan Negara.
Sehubungan itu, pihak sekolah telah mengeluarkan satu soal selidik ini kepada ibu bapa. Pihak sekolah memohon agar ibu bapa/penjaga dapat melengkapkan Lampiran A dan Lampiran B dan mengembalikannya kepada pihak sekolah pada 23 Mac 2013 iaitu semasa Mesyuarat Agung PIBG sekolah. Kerjasama anda sangat diharapkan dan untuk itu diucapkan ribuan terima kasih.
Tuesday, 12 March 2013
Lawatan Penandaarasan PBS
Pada 11 Mac 2013 yang lepas, seramai 4 orang guru dari SMK Taman Ria Tuaran telah membuat lawatan penandaarasan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di SK Tobobon, Kota Kinabalu. Pelaksanaan PBS di sekolah SK Tobobon adalah antara yang terbaik di daerah Kota Kinabalu. Rombongan dari SMK Taman Ria yang terdiri daripada Encik Jackson Siga, Puan Rujinah Majimin, Puan Nurisma Liaw dan Cik Rokian Libi disambut oleh Guru Besar SK Tobobon iaitu Encik Alhazmi Abdullah. Taklimat pelaksanaan PBS pula telah diberikan oleh Puan Khew Yin Phin selaku Penyelaras PBS sekolah. Tahniah kepada SK Tobobon.
Monday, 11 March 2013
Selamat Menduduki Ujian 1
Warga Pendidik SMK Taman Ria mengucapkan selamat berjaya kepada putera-puteri SMK Taman Ria yang menduduki Ujian 1 pada 11 - 14 Mac 2013.
Friday, 8 March 2013
Bengkel SKPM2010
Pada 26 Januari 2013, satu bengkel SKPM 2010 telah diadakan di SMK Taman Ria Tuaran. Bengkel ini telah dihadiri oleh 22 orang guru termasuk Tuan Pengetua Sekolah, Tuan Haji Said Andong. Taklimat SKPM telah disampaikan oleh Encik Jackson Siga selaku penyelaras SKPM sekolah. Para peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membincangkan lima domain dalam SKPM.
Subscribe to:
Posts (Atom)