Lencana



Pengertian Lencana Sekolah:
Gunung Kinabalu
Lambang kebesaran, ketinggian dan kemegahan serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan warga SMK Taman Ria menuju kejayaan dan kecemerlangan.

Topi Graduasi
Melambangkan pengiktirafan di atas kejayaan yang dicapai sepanjang pengajian dan tamat pengajian serta juga memberi maksud sebagai target setiap pelajar menuju ke menara gading setelah menamatkan bangku persekolahan mereka.

Buku Terbuka
Kecintaan kepada ilmu pengetahuan.

Gelung
Melambangkan kesatuan, semangat muhibbah dan perpaduan yang perlu dipupuk dalam kalangan warga SMK Taman Ria.

5 Gelung
Mewakili 5 Rukun Negara.

Angka 2012
Tahun permulaan sekolah beroperasi.

Crest dan Slogan
Merupakan penyokong dan pendokong institusi pendidikan.

Slogan
“BERILMU, BERINTEGRITI DAN BERWAWASAN”
Pegangan dan amalan warga sekolah.


Pengertian Warna Lencana Sekolah:
Biru
Lambang kejituan hasrat untuk mencapai kualiti pendidikan.

Biru Laut
Lambang keharmonian dan kesejahteraan.

Merah
Melambangkan kesungguhan dan keberanian untuk bergerak ke arah pendidikan berkualiti.

Kuning
Lambang kerohanian, Integriti dan Keikhlasan.

Putih
Lambang pelajar yang suci bersih sedia untuk menerima corak kegemilangan.

Hitam
Lambang kekentalan dan kejituan tidak mudah dipengaruhi.