Thursday 4 April 2013

Bengkel Kajian Tindakan

Pada 4 April 2013, satu kursus dalaman iaitu pelaksanaan kajian tindakan telah diadakan di sekolah. Bengkel ini telah dihadiri oleh guru-guru serta pengetua sekolah. Syabas kepada semua peserta.
Bengkel penulisan kertas cadangan kajian tindakan
Pembentangan hasil bengkel
Kajian tindakan sebagai salah satu pendekatan pengajaran dalam kelas mempunyai beberapa kebaikan, antaranya:-
a. Membantu guru berhubung dengan penambahbaikan kebiasaan atau budaya pengajaran dalam kelas.
b. Menyediakan ruang kepada guru untuk menggilap kreativiti dan inovasi terutama dalam menyelesaikan permasalahan dalam pengajaran guru dan pembelajaran murid.
c. Membantu guru untuk memperkembangkan profesionalisme melalui proses penemuan kendiri.
d. Oleh sebab guru mempunyai autoriti dalam kelas masing-masing maka kajian tindakan akan membantu mereka untuk mencuba pendekatan-pendekatan pengajaran yang difikirkan sesuai dan dapat membantu pembelajaran murid.
e. Penggunaan kaedah baru dalam pengajaran membolehkan guru mengubahsuai amalan pengajaran.  Ini seterusnya akan meletakkan guru tersebut dalam satu perubahan budaya lama dan seterusnya perubahan sikap.  Ini penting untuk melahirkan warga pendidik yang berkualiti.
f. Jika dilakukan secara berpasukan, pelaksanaan kajian tindakan dapat memupuk semangat kekitaan dan permuafakatan dalam kalangan guru-guru. Selain daripada wujudnya perkongsian idea, sebarang masalah semasa pelaksanaan kajian juga dapat diselesaikan bersama-sama.
Ihsan.

Wednesday 3 April 2013

Selamat Datang Ke VLE



VLE atau Virtual Learning Environment adalah satu platfom persekitaran pembelajaran secara maya yang dilancarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bersama-sama dengan pelaksanaan iBestariNet. Persekitaran pembelajaran VLE ini merupakan satu ruang pembelajaran yang menyokong gaya pembelajaran abad ke-21.