Saturday 23 March 2013

Sekitar Mesyuarat Agung PIBG Kali Pertama

Sekitar Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Kali Pertama SMK Taman Ria Tuaran.



Ucapan perasmian oleh YB Datuk Hj. Hajiji Hj Noor, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Merangkap ADUN N.10 Sulaman
Mesyuarat Agung PIBG SMK Taman Ria Kali Pertama yang dipengerusikan oleh  Encik Delius Somiun,
YDP PIBG SMK Taman Ria Tuaran
YB Datuk Hj. Hajiji Hj Noor mengabdikan kenangan bersama Puan Tah Nia Hj. Jaman,
PPD Tuaran bersama pengetua dan guru-guru SMK Taman Ria Tuaran

Thursday 21 March 2013

Perhimpunan sekolah

Perhimpunan sekolah....dikendalikan oleh pelajar..



Sambutan Hari Jadi Pelajar

Sambutan hari jadi pelajar bulanan sebagai salah satu aktiviti Guru Penyayang warga SMK Taman Ria.





Pelancaran Program Mentor Mentee Sekolah


Pada 18 Mac 2013 yang lepas, salah satu program Guru Penyayang KPM iaitu Program Mentor Mentee telah dilancarkan di SMK Taman Ria. Semasa pelancaran tersebut, penyerahan mentee telah dibuat.

Program Guru Penyayang ini dilaksanakan agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Konsep ini Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi,  dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra,  mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan  disayangi setiap masa. Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat. Objektif Guru Penyayang adalah agar:


  • Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru.
  • Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.
  • Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah. 
  • Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.
Tuan Pengetua Sekolah bersama dengan mentee-menteenya

Puan Cheristinna dengan mentee-menteenya

Puan Noor Halizah dengan mentee-menteenya

Puan Rujinah dengan mentee-menteenya

Puan Bernadatte dengan mentee-menteenya

Puan Juhidah dengan mentee-menteenya

Encik Talip dengan mentee-menteenya


Wednesday 20 March 2013

SMK Taman Ria

VISI SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Ria cemerlang menjelang 2017.

MISI SEKOLAH
Mendidik warga sekolah menjadi insan cemerlang dengan berfokus kepada DIKUKOS (Disiplin, Kurikulum, Kokurikulum, dan Sahsiah) secara koperatif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

MOTTO SEKOLAH
Berilmu Berintegriti Berwawasan


Tuesday 19 March 2013

Soal Selidik Sarana Ibu bapa

Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah sebagai inisiatif kebangsaan untuk meningkatkan penglibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta membantu kejayaan murid. Penglibatansemua pihak ini mampu mengubah sistem pendidikan negara ke arah kecemerlangan dan kemenjadian murid seperti yang diharapkan dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Sehubungan itu, pihak sekolah telah mengeluarkan satu soal selidik ini kepada ibu bapa. Pihak sekolah memohon agar ibu bapa/penjaga dapat melengkapkan Lampiran A dan Lampiran B dan mengembalikannya kepada pihak sekolah pada 23 Mac 2013 iaitu semasa Mesyuarat Agung PIBG sekolah. Kerjasama anda sangat diharapkan dan untuk itu diucapkan ribuan terima kasih.

Tuesday 12 March 2013

Aktiviti pembelajaran dalam kelas

Projek membina sel tumbuhan dan haiwan.






Lawatan Penandaarasan PBS

Pada 11 Mac 2013 yang lepas, seramai 4 orang guru dari SMK Taman Ria Tuaran telah membuat lawatan penandaarasan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di SK Tobobon, Kota Kinabalu. Pelaksanaan PBS di sekolah SK Tobobon adalah antara yang terbaik di daerah Kota Kinabalu. Rombongan dari SMK Taman Ria yang terdiri daripada Encik Jackson Siga, Puan Rujinah Majimin, Puan Nurisma Liaw dan Cik Rokian Libi disambut oleh Guru Besar SK Tobobon iaitu  Encik Alhazmi Abdullah. Taklimat pelaksanaan PBS pula telah diberikan oleh Puan Khew Yin Phin selaku Penyelaras PBS sekolah. Tahniah kepada SK Tobobon.


Monday 11 March 2013

Pelancaran Minggu Teknik dan Vokasional

Pelancaran Minggu Teknik dan Vokasional SMK Taman Ria 2013

Selamat Menduduki Ujian 1

Warga Pendidik SMK Taman Ria mengucapkan selamat berjaya kepada putera-puteri SMK Taman Ria yang menduduki Ujian 1 pada 11 - 14 Mac 2013.

Friday 8 March 2013

Bengkel SKPM2010

Pada 26 Januari 2013, satu bengkel SKPM 2010 telah diadakan di SMK Taman Ria Tuaran. Bengkel ini telah dihadiri oleh 22 orang guru termasuk Tuan Pengetua Sekolah, Tuan Haji Said Andong. Taklimat SKPM telah disampaikan oleh Encik Jackson Siga selaku penyelaras SKPM sekolah. Para peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membincangkan lima domain dalam SKPM.